Saturday 17 May 2014

Sambutan Hari Guru 2014


          Pada 16 Mei 2014 (Jumaat), SK Nanga Pakan, Julau telah menyambut Hari Guru peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena sambutan Hari Guru ini. Perhimpunan khas telah diadakan pada waktu pagi hari tersebut. Dalam perhimpunan khas tersebut, antara aturcara perhimpunan tersebut ialah ucapan daripada guru besar, Pn. Bernadine ak Patrick Unyat, bacaan doa, bacaan ikrar, pemotongan kek dan persembahan khas daripada murid-murid. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil semasa perhimpunan khas:

Bacaan ikrar

Pemotongan kek Hari Guru

Persembahan khas murid-murid



Sesi penggambaran



          Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014 diteruskan lagi dengan aktiviti sukaneka selepas perhimpunan khas di padang sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa sukaneka ialah pertandingan ‘makan tembikai’ dan lompat guni. Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil semasa aktiviti sukaneka tersebut:


Pertandingan Lompat Guni