Pada 8 Julai 2014 hingga 10 Julau
2014, SK Nanga Pakan, Julau telah menjadi salah sebuah sekolah pusat dalam
penganjuran Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2014. Program ini merupakan
salah satu daripada Gerakan Menjulang Akademik Julau 2.0 (GMAJu 2.0) Unit
Pengurusan Akademik, Pejabat Pelajaran Julau selaras dengan hasrat menjulang
akademik Julau untuk meningkatkan prestasi murid-murid yang mendapat keputusan
B dan C dalam Ujian Pra UPSR 2014 dan memberi penekanan kecemerlangan modal
insan serta kepimpinan.
Matlamat
dan Objektif penganjuran program tersebut adalah seperti berikut:
- Memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang sedia ada pada pelajar kumpulan near miss cemerlang.
- Membantu pelajar kumpulan near miss cemerlang ini untuk mencapai kecemerlangan dalam semua mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik).
- Meningkatkan prestasi pencapaian Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik dalam UPSR di sekolah.
- Meningkatkan peratus kelulusan UPSR 2014 dan Gred Purata Daerah (GPD).
Seramai
50 orang murid terlibat dalam program ini. Murid-murid ini merupakan wakil dari
sekolah-sekolah yang berbeza di dalam daerah Julau. Butiran-butirannya adalah
seperti berikut:
- SK Sungai Sugai – 8 orang
- SK Nanga Pakan – 15 orang
- SK Nanga Engkamop – 6 orang
- SK Nanga Pedanum – 5 orang
- SK Nanga Jambu – 3 orang
- SK Nanga Buku – 2 orang
- SK Ulu Entaih – 5 orang
- SK Nanga Babai – 6 orang
Antara
aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa Program Kecemerlangan Pelajar UPSR
2014 ialah:
- Ceramah motivasi
- Teknik Menjawab Soalan
- Latihan Menjawab Soalan
- Soalan Latih Tubi
- Penilaian
- Tindakan Susulan
Berikut
merupakan gambar-gambar Program Kecemerlangan Pelajar UPSR 2014: