Profil Sekolah

Sejarah dan Latar Belakang Sekolah 

Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan adalah merupakan sebuah sekolah yang tergolong dalam kategori Sekolah Luar Bandar. Kedudukan sekolah ini adalah terletak dalam Daerah Pakan Julau, yang dibina di  kawasan tebingan Sungai Julau. Anggaran jarak sekolah ini dari bandar Sarikei adalah lebih kurang 45 kilometer dan boleh boleh dihubungi dengan jalanraya. Sekolah ini terletak kira-kira 1 kilometer dari Pekan Pakan Baru.
Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan telah diasaskan pada tahun 1957 atas usaha dan kerjasama semua pihak di daerah Pakan. Semua rumah panjang di daerah Pakan yang diketuai oleh Tuai Rumah Dundang anak Naga telah berusaha untuk membuat permohonan kepada pihak berkuasa untuk menubuhkan sebuah sekolah bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat pendidikan awal seperti mana anak-anak penduduk di rumah panjang di daerah lain.
Pada awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Nanga Pakan, sekolah ini hanya dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan air paip dan beberapa prasarana penting seperti asrama murid, dewan makan,tandas, padang bola sepak dan beberapa buah gelanggang. Kini, sekolah telah dibekalkan dengan sebuah pusat akses dan dua buah pra sekolah, bekalan elektrik 24 jam dan telefon awam.
90% murid yang menuntut di sekolah ini adalah merupakan anak tempatan penduduk di daerah Pakan, manakala 10% murid lagi adalah merupakan anak kakitangan kerajaan yang berkhidmat di sekitar daerah Pakan.


Logo Sekolah





Visi dan Misi Sekolah


Visi
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera


Misi
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara



Lagu Sekolah

SK Nanga Pakan
Sekolah yang Ku sayang
Kami bangga menjadi wargamu
Jasamu tetap dikenang

Tekun, sabar, jaya
Obor perjuangan kami
Disiplin perpaduan nilai murni
Amalan sejati

Kami boleh, Pakan boleh
Laungan semangat membara
Menjunjung tinggi cita-cita
Falsafah Pendidikan Negara

Demi kejayaan, kecemerlangan
Mencapai impian wawasan
Maju terus maju, oh sekolah Ku
SK Nanga Pakan





















No comments:

Post a Comment